Tiang Seri Tegak Berlima mengisahkan seorang gadis bernama Siti Muhsinat yang merupakan anak kepada seorang musafir bergelar Pak Ku. Siti Muhsinat kerap kali bermimpi tentang sesuatu yang pelik dan mengerikan. Oleh kerana Siti Muhsinat kerap didatangi mimpi ngeri yang berulang-ulang, beliau telah ditegur oleh Pak Ngah kerana sering sahaja bermuram wajah. Pak Ngah memberitahu Siti Muhsinat bahawa mimpinya itu merupakan satu wahyu yang perlu disampaikan kepada orang ramai. Siti Muhsinat berasa tidak yakin untuk mengikuti cadangan Pak Ngah kerana beliau menyatakan bahawa dirinya bukanlah siapa-siapa untuk menyampaikan maksud mimpi tersebut kepada semua orang. Hal ini kerana, beliau merupakan seorang anak kepada musafir dan ibunya pula tidak berketurunan. Pak Ngah menggambarkan Siti Muhsinat sama seperti Mek Bongsu Merah Bernyala. Mek Bongsu Merah Bernyala sanggup mengetepikan darjatnya dan menjadi marhaen semata-mata untuk menyebarkan wahyu kepada orang ramai. Kehadiran Kumpulan Kapak telah menghalang niat murni Siti Muhsinat dan menyebabkan beliau telah ditangkap. Apakah yang akan terjadi kepada Siti Muhsinat? Dapatkah beliau menyebarkan wahyu kepada orang ramai?
F E A T U R E D R E V I E W S
Sebuah pementasan teater karya Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan
Projek Persembahan Akhir Diploma Teater 2017 ini merupakan kursus projek akhir yang menjuruskan pelajar dalam merancang, menyelaras dan mengendalikan program persembahan teater berpandukan kelulusan proposal. Ini merupakan sebuah projek yang pertama kalinya dikendalikan oleh para pelajar Diploma Teater. Mereka merupakan pelajar ambilan pertama bagi Program Diploma Teater. Saya yakin dan percaya bahawa Projek Persembahan Akhir ini akan memberikan impak yang baik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
S I N O P S I S
Panggung Budaya,
Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
FEB
17
E V E N T S
FEB