top of page

TENAGA KREATIF

        Bagi produksi Projek Persembahan Akhir (PROPERA), tugas pengarah telah dibahagikan kepada dua aspek iaitu lakonan dan persembahan. Kami akan menerangkan beberapa fokus tugas sebagai pengarah lakon. Terdapat lima fokus tugas yang telah dikenalpasti dan dibentangkan. Antaranya termasuklah memberi penekanan terhadap aspek lakonan, mengkaji naskah yang telah dipilih, merangka aktiviti pelakon, membuat analisis lakonan dalam adegan dan membentuk pelakon berdasarkan teknik lakonan yang telah dipilih.

            Memahami fokus tugas secara terperinci adalah amat penting supaya segala urusan kerja dapat dilaksanakan dengan baik, selain dapat memudahkan urusan sesuatu organisasi. Pihak pengarah lakon sendiri sedaya upaya akan lakukan yang terbaik dalam menjayakan Projek Persembahan Akhir, Tiang Seri Tegak Berlima ini khususnya daripada aspek lakonan itu sendiri. Dengan harapan, semoga persembahan teater ini dapat membuka mata masyarakat untuk memartabatkan seni tanpa mencampur-adukkan isu politik dan kesenian.

Seperti yang sudah diterangkan, pengarah lakon hanya akan memberi penekanan terhadap aspek lakonan. Terdapat 10 aspek lakonan yang diberi penekanan berdasarkan analisis yang telah dibuat. Antaranya termasuklah beat, penekanan (emphasis), given circumstance, aksi, reaksi, objektif, super-objektif, stage business, emosi dan intonasi.

  1. Beat –pecahan dalam skrip yang dipisahkan mengikut situasi dan tujuan dialog.

  2. Penekanan –perkataan yang ditekankan/diberi fokus untuk mencapai intonasi yang bersesuaian.

  3. Given circumstance –menerangkan tentang fakta yang tidak dinyatakan di dalam naskah.

  4. Aksi –pergerakan tubuh yang selari dengan pengucapan dialog oleh pelakon.

  5. Reaksi –aksi yang dilakukan oleh pelakon yang menerima tanda daripada pelakon lain.

  6. Objektif –menyampaikan tujuan dialog untuk mengenalpasti tindakan.

  7. Super-objektif –tujuan utama yang hendak dicapai oleh watak dan diinterpretasikan oleh pelakon.

  8. Stage business –aktiviti di atas pentas yang dilakukan oleh pelakon untuk mewujudkan kesan dramatik.

  9. Emosi –penghayatan yang dibawa dalam lakonan menerusi ekspresi muka, pengucapan dialog oleh pelakon.

  10. Intonasi –penekanan yang diberikan kepada kata, bahagian kata/dialog untuk mengelakkan ‘monotone’.

 

                      Dengan adanya panduan aspek lakonan ini, pelakon dapat menghidupkan watak berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Hal ini dapat memudahkan dan membuat pelakon berasa selesa untuk bermain dengan seluruh anggota badan sebagai medium utama lakonan.

            Pengarah lakon tidak akan mencampuri urusan pengarah persembahan daripada aspek komposisi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perbincangan antara kedua-dua pengarah tetap berjalan, hal ini bertujuan untuk mencapai kata sepakat supaya tidak bercanggah dari aspek kefahaman naskah dan kehendak penulis.

Bagi Projek Persembahan Akhir yang pertama ini, kami mengangkat naskah Tiang Seri Tegak Berlima karya Dato’ Noordin Hassan untu dipentaskan. Hal ini kerana kami ingin memberi penghormatan kepada Dato’ Noordin Hassan memandangkan beliau merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selain itu, beliau merupakan tokoh pertama yang mewujudkan konsep teater fitrah di Malaysia.

             Menurut kefahaman, konsep teater fitrah ini merupakan teater yang bersifat terbuka dan bebas. Ia tidak mempunyai had masa, zaman dan sebagainya. Selain itu, teater fitrah ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat, memberi kesedaran dan peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat yang menonton.

            Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam buku skrip, Tiang Seri Tegak Berlima ini boleh dipentaskan sebagai satu ceterairama dengan menggunakan muzik dan berjenis cara nyanyian ataupun dipentaskan sebagai drama biasa dengan tidak menggunakan muzik langsung ataupun dengan nyanyian di sana sini. Ceterairama ialah pementasan yang menggabungkan cetera dan irama. Perkataan cetera dan irama ini dicipta untuk menggantikan perkataan ‘musical’ dengan hasrat untuk membebaskan pemikiran penonton daripada mengulas dan memandang pementasan tersebut berasaskan muzikal seperti yang difahamkan di negara-negara lain, terutama sekali di Amerika.

            Noordin Hassan dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Georgetown, Pulau Pinang. Ayahnya terkenal sebagai tukag karang boria yang telah memberikan sumbangan besar kepada perkembangan boria di Pulau Pinang. Pada tahun 1968 hingga 1975, Noordin Hassan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Di maktab inilah (sekarang, UPSI) lahirnya drama Tiang Seri Tegak Berlima dan Bukan Lalang Ditiup Angin yang dipentaskan oleh penuntut maktab tersebut.

              Selain memberi penekanan kepada aspek lakonan dan mengkaji naskah, merangka aktiviti untuk para pelakon juga merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh seseorang pengarah. Hal ini kerana untuk memastikan para pelakon diberi fokus secara terperinci dan menjalani latihan yang sistematik untuk mencapai target secara total.

            Setelah dibahagikan skrip kepada para pelakon, aktiviti pertama yang wajib dijalani bersama ialah mengadakan ‘script reading’. ‘Script reading’ ini sekurang-kurangnya perlu dilakukan sebanyak dua atau tiga kali. Hal ini bertujuan untuk menerangkan kepada para pelakon tentang isi dan kefahaman teks yang terkandung dalam naskah. Seterusnya beralih kepada proses mengenalpasti setiap watak yang terdapat dalam naskah. Para pelakon perlu membuat analisis watak dan perwatakan untuk memahami objektif, super-objektif watak tersebut untuk menzahirkan lakonan yang bermutu. Secara tidak langsung, pelakon dapat berada dalam ruang liminal sebaik mubgkin sekiranya mereka memahami peranan watak dengan baik melalui analisis yang telah dilakukan.

            Selain itu, pengarah membenarkan pelakon untuk melakukan lakonan improvisasi atau melakukan aksi secara spontan untuk mendapatkan ‘mood’ watak dan berada dalam keadaan selesa untuk mempersembahkan siapakah watak yang dibawa mengikut kehendak penulis yang telah diinterpretasikan oleh pelakon itu sendiri. Terdapat beberapa jenis ‘theater game’yang telah dilaksanakan sebelum latihan bermula. Hal ini bertujuan untuk menguji kognitif dan psikomotor para pelakon. Selain itu,permainan ini membantu untuk menguji tahap fokus seseorang dan strategi dalam lakonan secara tidak langsung.

            Fokus akan diberikan lebih kepada pelakon yang tidak mampu mencapai target atau tidak dapat menginterpretasi arahan dengan baik. Kami mengaplikasikan beberapa teknik dan memberi penekanan terhadap pencarian warna suarau iaitu berdasarkan aspek pengucapan dialog oleh pelakon itu sendiri. terdapat juga pelaksanaan latihan intensif dan latihan poket untuk setiap watak berdasarkan keperluan secara total.

PENGARAH LAKON

ASMIDA ROSLAN
NATASHA AZIZ
  • w-facebook
  • White Instagram Icon
bottom of page