Siti Fardoas Izati Binti Ahmad berumur 20 tahun. Berasal daripada Johor Bahru. Mula berkecimpung dalam bidang teater sejak daripada bangku sekolah. Beliau telah meyertai kelab teater di sekolah. Bermula dari situ, beliau mula meminati bidang ini. Antara penglibatan yang beliau pernah sertai dulu termasuklah Semarak Teater peringkat negeri dan kebangsaan. Selain itu, beliau juga pernah menyertai Kem Muzik Negeri Johor pada tahun 2014 dan menyanyikan lagu Terbang Helang daripada Syarifah Aini. Pada peringkat universiti pula, beliau pernah melakonkan watak dalam teater Monolog Ter dan teater Kubur pada semester 1. Beliau juga pernah menjadi penyanyi latar untuk Teater Atas Pokok. Beliau pernah mendapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Negeri Johor pada tahun 2013. Selain itu, beliau juga pernah memegang watak utama sebagai Gusti Puteri Raden Adgen Retno Dumilah dalam teater Puteri Gunung Ledang. Selain itu, beliau pernah melakonkan watak sebagai Samsiah dalam teater Atap Genting Atap Rumbia. Ia merupakan Projek Penilaian Akhir Ijazah Sarjana Muda Teater. Selain itu, beliau juga pernah menyertai Festival Teater JKKN Ipoh dan membawa watak sebagai Azura dalam teater Penjuru 4 Karma.
Dalam teater Tiang Seri Tegak Berlima pula, beliau telah memegang watak sebagai Siti Muhsinat. Siti Muhsinat merupakan seorang wanita yang sering menegakkan kebenaran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dia seorang yang lemah lembut apabila berbicara dengan orang sekeliling. Dia juga boleh dikatakan sebagai penyampai wahyu dalam cerita ini. Muhsinat seorang yang tegas, berani dan tidak takut untuk berdepan dengan dugaan yang menimpa. Dia juga mempertahankan hak orang ramai yang berada dalam kesusahan. Dia merupakan seorang anak kepada musafir. Namun begitu, dia tetap mejalani kehidupan seperti biasa sebagai wanita melayu.
SITI MUHSINAT
Izzat Amin Bin Mohd Nazri berumur 20 tahun dan berasal dari Selangor Darul Ehsan. Beliau telah menimba banyak pengalaman menerusi penglibatan secara aktif dalam bidang teater ini sejak di bangku sekolah. Beliau telah terlibat dengan teater Gelanggang Tuk Wali pada tahun 2014 sebagai watak utama. Pada tahun yang sama, beliau juga telah memainkan peranan sebagai watak utama dalam Bangsawan Megat Terawis dan Roh Pejuang. Beliau juga terlibat dengan pementasan teater Lu In The Cave, 2014. Pada tahun 2015, beliau telah memegang jawatan sebagai pengurus pentas bagi pementasan teater Gelanggang Tuk Wali dan menjadi fasilitator Kontinjen Sarawak ketika program Semarak Teater Kebangsaan.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi mengasah bakat dan kemahiran serta menimba ilmu pengetahuan yang mendalam tentang bidang yang diminatinya ini.
Beliau telah memegang watak sebagai pesilat untuk pementasan Bangsawan Tun Teja di UPSI pada tahun 2015. Pada tahun 2016, beliau memegang watak sebagai Adipati dalam teater Puteri Gunung Ledang dan memainkan watak utama Oedipus dalam pementasan teater Paduka Oedipus. Bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan Daerah Muallim 2016, Izzat Amin telah terpilih untuk mengetuai bacaan ikrar. Pada tahun yang sama juga, beliau telah terlibat dalam Produksi Teater Muzikal Gamat sebagai krew.
Beliau telah mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ketika menyertai Program Semarak Teater 2014 peringkat Daerah Klang dan Negeri Selangor. Selain itu, beliau sekali lagi merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik produksi bangsawan Semarak Teater Peringkat Kebangsaan 2014 dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Keseluruhan Semarak Teater Kebangsaan 2014. Pada tahun yang sama, beliau mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Teater Komsas peringkat Daerah dan Negeri.
Bagi Projek Persembahan Akhir Diploma Teater, Izzat Amin telah memegang watak sebagai Ketua Kumpulan Kapak.
KETUA KUMPULAN KAPAK


HIDAYAT
Muhammad El RIdhzwan Bin Roslan berumur 20tahun, berasal dari Selangor Darul Ehsan dan mula berkecimpung dalam bidang seni teater sewaktu berumur 12 tahun. Beliau pernah memegang watak utama dalam teater Riwayat Anak Seni, Pulau Rindu dan Ikan Kering Mak Mah sewaktu zaman persekolahan. Beliau pernah menjadi pengacara majlis dalam Festival Kesenian 1 Malaysia 2013 di Melaka. Beliau juga pernah terlibat dalam teater Monolog Ter, Pusaran Angin Songsang, Bangsawan Tun Teja, Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, Teater kanak-kanak Danial dan Bawang Hitam dan teater KOMSAS Gelanggang Tok Wali. Beliau juga pernah menyertai Festival Teater Perak dan membawa watak sebagai Pengarah Hospital dalam Teater Penjuru 4 Karma. Beliau masih aktif dalam menghasilkan filem pendek dan pernah menjadi Pelakon Pembantu dalam muzik video "Terus Berlari" yang dinyanyikan oleh Kumpulan GLP.
Dalam Teater Tiang Seri Tegak Belima, beliau memegang watak sebagai Hidayat. Hidayat merupakan anak kepada Ketua Kumpulan Kapak. Hidayat mempunyai perwatakan yang berbeza berbanding ayahnya. Dia tidak bersetuju dengan tujuan dan prinsip hidup ayahnya dan akhirnya dia cuba untuk menentang ayahnya sendiri.
