AMIRUL AIMAN BIN AFENDY, KLANG SELANGOR.
Beliau mula menceburi bidang seni persembahan ketika memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris dan dilihat cenderung meminati bidang dokumentasi. Beliau bercita-cita untuk bekerja dalam bidang dokumentasi dan penyiaran.
ASMIDA BINTI ROSLAN, GEORGETOWN PENANG.
Menceburi bidang seni persembahan bermula dari bangku sekolah. Beliau mempunyai minat terhadap bidang pengarahan dan juga sinografi. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni persembahan dan menjalankan bisnes yang berasaskan seni persembahan seperti membuat penyewaan studio dan pusat tutor milik sendiri.
BAHIYAH BINTI AMINUDDIN, JOHOR BAHRU JOHOR.
Sekolah Seni Malaysia merupakan tapak di mana bermulanya penglibatan beliau dalam seni persembahan. Lakonan dan pengarahan merupakan antara minatnya dalam bidang teater ini. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang penggiat seni dan pengarah teater.
FATIN AMALINA BINTI MOHD AMIN, SERI MANJUNG PERAK.
Menceburi bidang muzik seperti Chinese Orchestra dari sekolah menengah menerusi pertandingan peringkat Negeri dan Kebangsaan dan mula menceburi bidang seni persembahan ketika melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Teater di UPSI. Berminat dalam bidang bahasa asing, muzik dan lakonan. Bercita-cita untuk menjadi penyanyi dan berharap boleh menjelajah dunia dan menguasai kepelbagaian bahasa asing.
FATIN NUR NADHIRAH BINTI ZAHARI, KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN.
Melibatkan diri dalam bidang teater bermula dari sekolah menengah menerusi penglibatan dalam pertandingan Semarak Teater Peringkat Kebangsaan di Perak pada tahun 2014. Beliau amat meminati bidang pengurusan produksi teater dan lakonan. Memegang jawatan sebagai Pegawai Artis Kebudayaan dan menjadi seorang jurulatih teater merupakan antara cita-cita beliau.
IZZAT AMIN BIN MOHD NAZRI, KLANG SELANGOR.
Mula berjinak-jinak dalam dunia seni persembahan sejak sekolah menengah menerusi pertandingan Semarak Teater. Beliau dilihat lebih menjurus kepada bidang lakonan dan pengarahan. Bercita-cita untukmenjadi seorang pelakon yang terkenal di mata dunia.
MOHAMAD NUR QAYYUM BIN MOHD RADUAN, GEMAS NEGERI SEMBILAN.
Menceburi bidang seni persembahan ini bermula dari tahun 2014, pada mulanya beliau minat atas dasar suka namun lama-kelamaan sudah menjadi sebahagian daripada kerjayanya. Beliau berminat dalam bidang lakonan dan menjadi krew pentas. Bercita-cita menjadi seorang penggiat seni, pelakon dan pengarah.
MUHAMAD AMIRUL MUKMIN BIN MOHD NAZRI, PARIT BUNTAR PERAK.
Mula menceburi bidang seni persembahan apabila menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam peringkat Diploma Teater. Beliau berminat dalam bidang seni peragaan (modelling), lakonan dan bidang keusahawanan. Berhasrat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
MUHAMAD AQIL RIDWAN BIN JAAFAR, KEMAMAN TERENGGANU.
Mula melibatkan diri dalam bidang seni persembahan seawal usia 13 tahun. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang lakonan dan pengarahan. Menjadi seorang pensyarah dalam bidang seni persembahan adalah merupakan cita-cita beliau.
MUHAMAD HAIKAL BIN MUSA, JOHOR DARUL TAKZIM.
Diperkenalkan dengan seni budaya ketika berusia 6 tahun sekaligus merupakan alumni Sekolah Seni Malaysia, Johor. Lebih cenderung meminati ke arah bidang seni persembahan yang ada di Malaysia mahupun luar negara. Bercita-cita untuk memartabatkan maruah teater di Malaysia dan antarabangsa sekaligus ingin menjadi aktivis teater yang tersohor.
MUHAMAD HAIRUL AZMAN BIN JALANI, YONG PENG JOHOR.
Sudah lama menyimpan hajat untuk menceburi dalam industri seni persembahan dan perfileman. Beliau amat meminati bidang pengarahan dan lakonan. Beliau juga bercita-cita untuk menjadi produser yang disegani dunia dan ingin mempunyai sebuah produksi yang berjaya.
MUHAMMAD AZMAN BIN MASRI, TEMERLOH PAHANG.
Mengenali tentang seni teater bermula dari bangku sekolah. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pengurusan serta berkemahiran bekerja dengan cekap dan telus. Beliau menyimpan hasrat untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam bidang pengurusan.
MUHAMMAD EZZWAN BIN NAZRUDDIN, BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN.
Menceburi bidang seni persembahan bermula di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2015. Berminat dalam bidang lakonan dan pengarah. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan penyanyi. Beliau juga berhasrat untuk terus meningkatkan mutu seni persembahan tempatan ke seantero global.
MUHAMMAD FITRI BIN ZAKARIA, KUANTAN PAHANG.
Menceburi bidang seni teater sejak dari sekolah rendah dengan melibatkan diri dalam pementasan teater Beringin Merah. Beliau meneruskan minatnya ke peringkat sekolah menengah dan universiti serta memiliki minat yang mendalam terhadap aspek lakonan. Bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dan mendidik anak bangsa tentang kesenian teater.
MUHAMMAD HAFIDZ HAIKAL BIN HADZ ABDULLAH, KLANG SELANGOR.
Mula menceburi bidang seni persembahan sejak berumur 10 tahun lagi. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang rekaan grafik dan lakonan. Beliau memasang cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang seni persembahan teater.
MUHAMMAD RASHDAN BIN MOHD 'AYUDDIN, GURUN KEDAH.
Menceburi bidang seni persembahan bermula dari sekolah menengah. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pencahayaan dan lakonan. Berhasrat untuk menjadi seorang pelakon dan pereka cahaya.
MUHAMMAD RIDHZWAN BIN ROSLAN, SHAH ALAM SELANGOR.
Mula menceburi bidang seni persembahan seawal usia 12 tahun melalui penglibatan dalam sebuah pementasan teater kanak-kanak. Beliau mempunyai minat terhadap bidang lakonan dan sinografi. Menyimpan hasrat untuk memiliki ‘production house’ sendiri.
NOR NAJIHAH BINTI MANAP, MUAR JOHOR.
Mula mengenali dan meminati bidang teater apabila menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam program Diploma Teater. Beliau lebih berminat dalam bidang pengurusan dan berkemahiran mentadbir sesuatu organisasi dengan baik. Beliau menyimpan hasrat untuk menyambung ijazah dalam bidang yanag sama dan menjadi seorang pensyarah.
NUR AUDRA LAILLY BINTI ONASIS, KOTA KINABALU SABAH.
Mula menceburi bidang seni persembahan ketika di universiti. Beliau dilihat amat berminat dengan bidang lakonan dan pengurusan produksi. Beliau menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penggiat seni persembahan yang aktif.
NUR FILZANEE BINTI ASNA RULFAIZI, SEGAMAT JOHOR.
Menceburi bidang seni persembahan bermula pada awal kemasukan di university bermula dengan pementasan teater Monolog TER. Berminat dalam bidang pengarahan dan pengurusan dalam sesebuah produksi. Bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah filem yang Berjaya.
NUR IZZAH ARISA BINTI JEFRI, KLANG SELANGOR.
Anak kelahiran negeri Selangor ini menceburkan diri dalam bidang seni persembahan bermula di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam program Diploma Teater. Bermula dari situ, beliau meminati bahagian pengurusan produksi dan bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai kerajaan dalam bidang seni persembahan.
NUR SAIDATUL ATIRA BINTI MOHD NAWAWI, ALOR SETAR KEDAH.
Menceburi bidang seni persembahan bermula dari sekolah rendah menerusi penglibatan dalam aktiviti tarian dan teater. Pernah mewakili Kedah ke Thailand untuk membuat persembahan tarian di hadapan Sultan Thailand, mengikuti program Semarak Tari Peringkat Kebangsaan di Sarawak dan terlibat dengan pertandingan Drama KOMSAS. Beliau amat meminati bidang lakonan dan tarian serta bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon yang terkenal.
SAIDATUL ZULAIKHA BINTI SHAAYEDAN, DAMANSARA.
Menceburi bidang seni persembahan sejak di zaman sekolah. Beliau cenderung berminat dalam bidang lakonan dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan ‘business women’ yang berjaya.
SITI FARDOAS IZATI BINTI AHMAD, SENAI JOHOR.
Mula menceburi bidang seni persembahan bermula dari bangku sekolah lagi menerusi pertandingan Puisi dan Lagu, Drama Komsas, Kem Muzik dan Semarak Teater. Beliau meminati bidang lakonan dan nyanyian. Beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang guru, pelakon ataupun aktivis teater pada masa yang akan datang.
SITI NOR AFIFAH BINTI MAD ZAIN, BAYAN LEPAS PULAU PINANG.
Melibatkan diri dalam bidang seni persembahan bermula di Universiti Pendidikan Sultan Idris menerusi pengajian tahap diploma dalam bidang teater. Berminat dalam bidang pengurusan produksi. Bercita-cita untuk menjadi penggiat seni yang memartabatkan seni di dalam dan luar negara.
SITI NORNATASHA ABDUL AZIZ, TAPAH PERAK.
Menceburi bidang seni persembahan bermula dari sekolah menengah menerusi pertandingan Drama KOMSAS. Berminat dalam bidang penulisan kreatif dan lakonan. Beliau gemar menulis puisi dan skrip berkaitan isu-isu semasa. Berhasrat untuk menjadi seorang penggiat seni dan pensyarah dalam bidang teater.
SITI NUR ASYIQIN BINTI ROSLAN, KERTEH TERENGGANU.
Mula menceburi bidang seni persembahan sejak dari bangku sekolah menengah menerusi pertandingan Drama KOMSAS dan Bahasa Inggeris. Beliau berminat dalam bidang lakonan dan pengurusan. Bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah dalam bidang seni persembahan teater.
SUHAINI BINTI HAMZAH, KUALA LUMPUR.
Mula menceburi bidang seni persembahan ini pada tahun 2015 di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berminat dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengurusan produksi. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan penyanyi.
UMI AMIIRAH BINTI MOHD ARIFF, IPOH PERAK.
Melibatkan diri dalam bidang teater seawall usia 16 tahun dengan menyertai pertandingan Drama KOMSAS. Dalam bidang ini, beliau lebih berminat dengan pengarahan sebanyak 60% dan seterusnya adalah kea rah lakonan. Bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan pengarah teater.